IBU SUDAH BANYAK MENGGEMBIRAKAN
HIDUP KITA..
Saat kita dilahirkan , ibu dan ayah merupakan
orang pertama yang bergembira dengan kelahiran kita.
Ibu tersenyum gembira walau sakit dan luka masih di-deritainya.
wajah ayah berseri-seri mengkhabarkan kepada keluarga dan
sanak-saudara tentang kegembiraannya.Semua
orang tumpang gembira dengan rezeki berharga yang melimpah
dalam hidupnya berupa seorang anak.
Setiap hari ibu bapa mengacah kita dengan mesra dan manja,
usikan dan perhatian mereka amat bermakna dan
menggembirakan kita saat itu.Mereka menggembirakan kita lagi
dengan mengajar, berjalan, membelikan pakaian,
dan permainan baru serta membeli pelbagai barang
yang kita inginkan.
Mereka berkorban dan bersusah payah
untuk memastikan kita hidup sempurna dan cukup keperluannya.
Kita gembira bermain , berlari dan berkejaran
dengan kawan-kawan sehingga kita semaklin
membesar dan dewasa.
JADI SEBAGAI SEORANG ANAK
MESTILAH MEMBALAS JASA IBU BAPA
DENGAN MENMJADI SEORANG ANAK YANG BERGUNA
DAN BERTANGGUNGJAWAB ..

No comments:
Post a Comment